07 November 2014

♥ Istana Kecil Kami : Part 4


♥ Istana Kecil Kami : Part 1 (Klik Sini)
♥ Istana Kecil Kami : Part 2 (Klik Sini)
♥ Istana Kecil Kami : Part 3 (Klik Sini)

N3 kali ni lebih kepada info tentang cara-cara nak keluar dari kuarters kerajaan sebenarnya. Untuk membolehkan anda merancang perpindahan anda dan untuk elakkan anda buat keje dua tiga kali. N3 sebelum ni saya ada bagitau yang saya pindah ke Klang pada 24 Ogos 2014. Ni adalah fasa pertama penghijrahan iaitu proses angkat barang. Tapi lepas tuh kami still tinggal seminggu lagi di quarters sebab ada proses-proses yang perlu dilalui sebelum keluar secara rasmi. Apakah prosesnya? huhu~ renyah u olssss~ tapi nasib baik before that saya dah dapatkan cukup informasi dari pegawai-pegawai yang pernah menduduki quarters tentang tatacara untuk keluar dari quarters tanpa sebarang masalah. Dari maklumat-maklumat tuh lah saya buat perancangan proses perpindahan saya tuh huhu~

First before keluar kena maklum kat pihak pengurusan kuarters tentang niat anda untuk nyah dari kuarters tersebut. Hehe~ call saja bagitau nak keluar then dia akan set satu date untuk buat lawatan ke rumah anda. Lawatan ini adalah bertujuan untuk dia check apa yang rosak.. apa yang kurang.. apa yang terlebih. Kalo rosak kena betul kan la cam kusi ke apa.. apa yang kurang kena gantikan la contohnya time masuk lu ada lapan (8) kusi meja makan bila nak kuar tinggal dua (2) memang kompom kena bayar gantirugi.. apa yang terlebih contohnya paku-paku wat gantung gambar-gambar tuh sumer kena cabut.. plaster dan cat balik. Senang citer camner anda masuk lu camtuh gak la anda kuar. Takde lebih takde kurang. Perabot sumer kena cukup.

Ok untuk itu saya set dengan pegawai kem untuk buat lawatan pada petang hari saya pindah rumah. Tips yang saya boleh kongsi ialah bio dorang wat lawatan masa umah dah kosong. Sebab lagi senang dorang check. Tengok je dah tau cukup ke tak. Malah menjimatkan masa jugak dan dorang tak banyak tanya. Kalo ada kerosakan yang bukan berpunca dari kesilapan anda contohnya umah saya arituh bumbung bocor so memang kat siling tuh bertompok-tompok kesan air mengalir (salah satu sebab kuat gak untuk saya pindah kuar). Benda tuh merosakkan cat dan pastinya dia membuatkan kesan cam lumut kat situ. So yang tuh memang salah penyelenggaraan dan kita tak perlu bertanggungjawab.

Then rumah saya tuh ada lah sikit-sikit kesan conteng hasil nukilan bakal pelukis tersehor negara iaitu si adik dan kakak dan jugak kesan-kesan paku untuk gantung gambar bagai (dok lima (5) tahun kot takkan la dinding bio kosong). So yang tuh sumer pon kena betulkan gak dan cat balik. TETAPI dorang pon ada sediakan perkhidmatan untuk cat dan bersihkan rumah bagi pihak penghuni. Khas untuk penghuni yang malas nak pikir dan tak kesah dah pasal rumah tuh (macam saya). Tak tau la pihak atasan tau ke tak dorang wat servis camtuh tapi bagus la sebab kita just bayar dan dorang akan setelkan. Bila nak pindah keluar memang malas dah nak pikir pasal rumah tuh kan. Kalo leh men tinggal dah tinggal gitu je la.

So ada yang kena bebetul sesikit tuh kami betulkan.. seminggu dok kat umah kosong huhu~ so pada tanggal 29 Ogos 2014 secara rasminya saya keluar dari kuarters tersebut. Tips lain yang saya boleh kongsi ialah kalo boleh pindah kuar pada hujung bulan. Senang untuk tujuan potongan gaji. Untuk makluman pegawai yang dok quarters akan dipotong elaun perumahan dan separuh dari elaun COLA. So bila kita keluar end of the month unit gaji senang kira untuk bayaran dan pemulangan balik. Bil air dan elektrik pon senang kira.

Oleh sebab 29 Ogos adalah hari terakhir saya di kuarters so potongan saya yang terakhir adalah bulan Ogos 2014. Bulan September masih potong tapi akan dipulangkan balik pada gaji bulan November nanti sebab gaji bulan Oktober keluar awal sempena Deepavali. So Unit Gaji opis saya tak sempat buat pelarasan. Alhamdulillah semuanya memang berjalan lancar seperti yang diharapkan. So tips secara keseluruhan ialah dapatkan maklumat yang betul sebelum keluar dari kuarters. Jangan esok nak pindah arini baru nak call semua orang tanya cara nak pindah keluar. Dapatkan maklumat tentang dokumen apa yang diperlukan oleh Unit Gaji ofis anda supaya anda boleh mintak dan prepare siap-siap dengan pihak pengurusan Kem.

Alhamdulillah secara rasminya saya kembali menjadi orang Klang dan itu juga bermakna bermula lah rutin harian saya menempoh perjalanan ke tempat keje pergi gelap balik gelap setiap hari huhu~ 31hb Ogos pula kami selamat adakan kenduri kesyukuran dan doa selamat sempena masuk rumah baru. Alhamdulillah moga diberi keberkatan untuk kami menjalani hidup di tempat baru dan yang penting dekat dengan anak-anak.


Berita gembira tidak berhenti disitu saja. Alhamdulillah genap seminggu kami berpindah saya mendapat tawaran pertukaran dari JLKN ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Alhamdulillah tak sangka secepat itu. Syukur ya Allah.. kami bersyukur sangat. Hospital ni cuma 10 ke 15 minit sahaja dari rumah dan dekat sangat dengan rumah parents saya. Jengok tingkap opis pon boleh nampak bumbung rumah family saya. Memang sudah tersurat rezeki saya dan semuanya telah diatur oleh Allah swt dengan baik sekali. Saya amat bersyukur. Selepas penangguhan selama dua (2) minggu untuk menyelesaikan semua kerja saya dan serah tugas.. saya memulakan tugas di tempat baru bermula 18hb September 2014. Nanti saya akan citer pasal kerja baru saya disini. Totally berlainan dari tugasan lama but saya suka sebab boleh belajar benda baru. Yang lebih menambah kegembiraan saya adalah opis baru tak blok Blogger hahaha~ tuh yang skang lain macam rajin update blog tuh hehe~

N3 pasal rumah lepas nih pon dah takde part dah.. bersemangat nak citer pasal deco lak hehe~ op kos sumer yang pindah rumah sendiri semangat gila bila bab nak mendeco rumah kan? Sama la kita hehehe~ So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)



No comments: