10 February 2015

♥ My Kids Start School


Dah masuk bulan kedua persekolahan baru la ibu ada masa nak up N3 pasal kakak dan adik stat sekolah huhu~ Tapi ibu gigih nak buat N3 gak supaya kakak dan adik boleh baca balik bila dorang dah besar nanti hihi~

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan untuk kakak dan adik. Tahun ni kakak masuk darjah satu di Sekolah Kebangsaan Convent (1), Klang dan adik stat sekolah tadika di Tadika Sri Ikhtiar Ilham, Taman Sri Andalas, Klang (selang dua baris rumah je dari rumah Ayahwe hehe~)

Tahun nih job description ibu dan ayah nek sekali ganda la huhu~ baju nak gosok nek sekali ganda.. tugas basuh kasut masuk lam fail meja ayah.. kejut dan siapkan adik pon tugas ayah gak.. ibu cuma siapkan kakak dan hantar kakak dan adik ke sekolah.

On our way to school
Oleh sebab ni adalah sekolah baru untuk kedua-duanya.. ibu dan ayah pon amik cuti untuk menguruskan dan mengatur perjalanan dua beradik ni. First day of school op kos adik memang bersemangat waja.. kul 5.00 pagi dah bangun kejut ibu ngan ayah dengan muka cuak kata dah lambat nak g sekolah huhu~ awal lagi la sayang. Pujuk dia tido balik then kul 6.30 pagi kejut balik untuk ke sekolah.

Nampak seperti tiada masalah. Kakak memang ok since dia memang dah sekolah tadika last 3 years before kan. Adik pon "nampak" cam ok hahaha~ tapi dia nih hero hindustan.. kat luar je nampak gempak.. dah sampai sekolah nanti tak tau camner huhu~

Dedua dah siap nak ke sekolah
Dis year kakak sekolah agama belah pagi dan sekolah kebangsaan belah petang. So pagi tuh just drop dia kat sekolah.. tak perlu tunggu pon sebab tahun nih dia masuk darjah dua since she had started her standard 1 last yer di SRA    Al-Ainani. Kami berdua leh tumpukan perhatian kat si kecik nih. Dup dap dup dap je rasa bila nak anta dia g sekolah.

Sampai je kat sekolah si adik.. seperti yang dijangka.. dalam hati ada taman.. angin monsun barat daya pon bertiup kencang diselangi guruh berdentum hahaha~ nangis la kan. Tak sempat nak amik gambo huhu~ Biasa la.. orang yang dia tak kenal tetiba datang amik dan perlu duduk dengan orang tuh setengah hari. Mau tak meraung huhu~ Tapi polisi tadika tuh sejak dulu dia memang tak bagi parents tunggu. Hantar tengok jap pastuh dia soh sumer balik. Stop mengendap kat tingkap. Lets them bonding together. Kira sesi memperkenalkan dan menyesuaikan diri la. So sekiranya parents ada berkeliaran anak-anak ni tak boleh fokus sebab asik nak cari mak pak dorang je hihi~

Lepas kena "halau" hehe~ kami pon g sarapan jap. Lama tak deting berdua. Untuk minggu pertama ni adik sekolah sampai kul 10.00 pagi je. Kakak pulak sekolah agama akan abih kul 10.30 so nice la leh pick up dedua sekali nanti. Lepas nih tugas amik dan hantar kakak dan adik ke sekolah waktu transit nih akan masuk dalam list job Ayahwe pulak hehe~ thanks ayahhhh~ love you!

Pas sarapan kami patah balik ke sekolah adik untuk amik dia. Sebab sampai awal.. cikgu dia bagi masuk tadika sesenyap untuk tengok camner dia dalam kelas tanpa ibu bapa. Alhamdulillah looks like he is enjoying his class so much. Ralat tengok teacher dia mengajar kat depan. Takde nangis-nangis dah. Poyo la adik nih haha~ Kami intai-intai camtuh je.. then cikgu dia bagi bawak dia balik terus. Tapi bila dia nampak je kami kat pintu datang nak amik dia tetiba nangis lak haha~ tadi elok je.. cet! Berlakon lebih ni..

Bila sampai di sekolah kakak.. dia tak abih kelas lagi.. so ibu dok ngintai je la kat tingkap hehe~

Thats my girl
Berselpi sementara tunggu si kakak
Dah tamat sekolah agama kami balik ke rumah parents saya a.k.a pusat transit anak-anak di hari-hari mendatang. Oleh sebab kedua-dua parents saya dah bersara so dorang tolong tengokkan anak-anak saya untuk transit tengahari dan si adik sampai petang. Thanks ibu dan ayah =)

Lepas lunch nak kena ready si kakak untuk sekolah petang lak. Si adik?

Sapa kata sekolah tadika tak penat? hahahaha~
Kesian adik. Penat nau nampaknyer. So saya tinggal dia tido di rumah sementara kami anta kakak ke sekolah. Sebab sekolah petang adalah sekolah baru untuk dia.. so saya dan hubby decide untuk tunggu dia sampai rehat. Tapi si kakak memang jenis berdikari. May b sebab dia dah stat sekolah bertahun dan tahun lepas pon dah stat sekolah agama darjah satu.. banyak membantu dia. Dah pandai beli makanan di kantin semua. Alhamdulillah~

Convent's Girl
Tanda anda sekolah pompuan? Beg pink sajoooo~
Ragam kakak di sekolah
Alhamdulillah semua berjalan lancar. Hari kedua kami lebih tumpukan pada penyusunan masa. Time hantar.. time ambil.. dan semuanya berjalan lancar. Lega hati ibu dan ayah nak lepaskan anak-anak ibu dan ayah berdikari sendiri.

Adik pula dalam minggu pertama tuh semakin menunjukkan perubahan positif.
1st day dari stat sampai nangis - balik pon nangis
2nd day tak nangis tapi mencebik - balik pulak nangis
3rd day masa sampai tak nangis tapi tak nak jalan masuk tadika - balik ayahwe kata ok
4th day ok jalan masuk tadika siap salam - balik ayahwe kata ok
5th day plak turun keta.. jalan separuh pimpin tangan.. tetiba dia lepaskan tangan dia.. salam ibu.. pastu terus jalan sendiri masuk sekolah.. eh.. eh.. berlagak pulak dia hahaha~ konon malu la tuh ibu hantar sampai depan sekolah.. tak hero kot.. cet!

Alhamdulillah.. ibu dan ayah sentiasa doakan anak-anak ibu belajar pandai-pandai dan jadi insan yang berguna kepada diri sendiri.. keluarga.. bangsa dan negara. Jadi insan yang soleh dan solehah dan segala-gala yang baik untuk kedua-duanya. Dikurniakan segala yang terbaik di dunia dan di akhirat dan sentiasa dalam rahmat Allah swt.. aminnn~

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)

No comments: