03 March 2017

♥ Review : Chong Kok Kopitiam Klang

N3 kalini saya nak memperkenalkan tempat sarapan popular di tempat saya iaitu Chong Kok Kopitiam --- Since 1940. Kalau orang Klang tapi tak tau kedai ni must b something wrong somewhere la hehe~

Waze :  Chong Kok Kopitiam
Jalan Stesen, Klang, Selangor

Kedai ni dah lama dibuka sejak saya tadika kot. Tu tahun 1988 lebih kurang. Tempat feberet untuk saya bersarapan dengan ibu dan ayah sebelum saya ke Tadika Islam --- sebelah istana dan ibu saya memulakan tugas di Ibu Pejabat Polis Klang -- tepi jambatan tu.

Now sampai skang umo saya dah 34 tahun pon kedai ni masih kukuh. Masih sama seperti saya jejak bertahun sudah. Nasi lemak kat depan kedai ni dah berapa generasi dah. Pinggan pon masih sama hehe~

Kat kedai ni.. memang semangat 1 Malaysia tu jelas. Melayu cina india semua ada. Tak hairan kalo cina dok semeja ngan melayu atau lain-lain bangsa. Contoh cam gambar saya di atas. Kalo meja 4 seater tapi duduknya cuma dua orang selalunya dia akan offer yang takde tempat duduk ni untuk duduk sama-sama.

Kalo pegi kedai ni tengok ramai orang berdiri tu perkara biasa. Tu semua ngah tunggu turn untuk duduk. Atau kalo kat luar tu ngah beratur order nasi lemak. Saya tak pasti kedai ni buka jam berapa tapi selalunya jam 7 pagi pon dah penuh orang. So ikut nasib la yer untuk cepat atau lambat dapat duduk tu.

Jom saya share apa menu kegemaran saya kalo saya berkunjung ke sini. Recommended untuk kawan-kawan juga =)

Nasi Lemak Sambal Sotong + Telur Rebus Sebiji
All time feberet. Sambal sedap sangat. Kacang banyak. Telo rebus sebijik.. perghhh~ Very recommended. Ni stall yang kat luar tu. Macam-macam lagi lauk ada.. ayam rendang.. paru.. pilih je ikut mana rasa nak makan hehe~

Telur Ayam Kampung Separuh Masak + Kopi Kaw
Roti Bakar + Roti Stim
Ini adalah menu wajib! Roti tu try la dedua. Yang bakar dan yang stim. Sedap. kalo berkunjung kat kedai ni wajib try menu-menu ni ya. Lagipon ini la menu yang best seller. Dia ada gak jual macam-macam lagi tapi orang ramai datang ke kedai ni sebab nak sarapan menu ni la sebenarnya.

Ok cukup takat ni dulu. Pada orang Klang atau yang ada cadangan nak datang ke Klang Bandar Diraja.. boleh la datang bersarapan di sini ya. It a must! hehe~ Nanti free saya update lagi.. XoXo =)

No comments: