♥ Holiday : Pulau Redang

Lama gila terbengkalai blog nih hihihi~ Bz la nok awal-awal tahun nih. Tender berderet nak setel huhuhu~ Holiday g Pulau Redang awal bulan arituh pon dah dua bulan baru nak up N3 hahaha~ Dah lama g tapi still nak share ngan kawan-kawan pasal percutian kali nih. Mana tau ada yang plan nak g ke so leh wat preperesen sesiap hihihi~

Sejak akhir tahun lepas kami dah riki-riki pasal pekej dan segalanya. Dulu bujang leh la men konsep redah kasi pecah. Dah ada anak nih ekspeceli masih kekecik so perancangan awal itu penting bagi memastikan keselesaan mereka. Puas secing kat pak cik gugel.. berbalas-balas email ngan several penginapan kat sana akhirnya kami pilih pekej dari Redang Lagoon (RL). Untuk makluman g Pulau Redang bukan cam g Pulau Langkawi ek. Kita tak leh just simply pergi sana dan check in. Pengunjung biasanya digalakkan deal ngan memana resort kat sana terlebih dahulu. Dan g sana selalunya kena amik pekej komplit penginapan + makan + snokeling trip + transfer dari jeti ke pulau. Semua resort kat sana sediakan pekej memasing tapi dengan harga berbeza la ikut keselesaan dan kebintangan resort tuh hihi~

Followers