♥ Bye-Bye Pampers

Memang betul.. mengajar anak pompuan untuk off diapers lebih mudah dari anak lelaki (based on my experience) huhu~ Ingat lagi masa kakak dulu dalam seminggu je dah berjaya. No need much training or marah-marah. Just bawak dia ke toilet sejam sekali untuk buang air dan berkurangan selepas beberapa hari sampai la dia boleh rasa dan pergi sendiri. Sama juga dengan buang air besar. Senang sangat.

Adik? huhuhu~ memang amat menguji kesabaran. Berbulan kot. Memang amat mencabar kesabaran la especeli saya nih ha~ huhuhu~ Tapi dari sikap mereka saya belajar kelakuan masing-masing dan cara nak handle mengikut situasi. Parenthood kan? anak kita tak sama ngan anak orang.. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. So kita kena rajin perati dan try apa sahaja kaedah yang kita rasa baik dan berkesan untuk membentuk mereka.

♥ Online Ticket Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2014

Citer pasal Malaysia melangkah ke semi final sure semua orang dah tau kan? Sebelum perlawanan leh tahan la provok dari pihak lawan. Dah tengok video konon-konon iklan promosi dari Fox Sports Malaysia? yang shhhhh~ shhhh~ tuh hihihi~ bila dia wat dikatakan itu hanyalah sebagai perasa penambah kehangatan sebelum perlawanan.. dia tak tau budak multimedia kat Malaysia ni lagi terer mengedit (bak kata Meran). Abih game bila bebudak Malaysia wat parody kata x reti bersyukur la.. asik nak membahan la.. sesama rumpun pon nak mengeji la hmmmm~ 

ok! lupakan seketika tentang tuh.. skang we move forward. Dah beli tiket game perlawanan semi final ahad nih? 

Semalam pihak FAM melalui laman Facebook mereka telah mengeluarkan kenyataan tentang penjualan tiket perlawanan separuh akhir pertama antara Malaysia vs Vietnam.

Tarikh : 7 Disember 2014
Tempat : Stadium Shah Alam
Masa : 8.45 malam
Harga Tiket : RM 40 (Dewasa) RM 10 (Kanak-Kanak)

Jualan online melalui Ticket Hotline bermula jam 9.00 pagi 2 Disember 2014 hingga ke hari perlawanan. Hanya maksimum empat (4) tiket diperuntukkan bagi setiap transaksi. Tiket yang dibeli secara online boleh diambil di Stadium Shah Alam bermula hari Jumaat 5 Disember 2014.

Jualan di kaunter akan bermula pada hari Jumaat 5 Disember 2014 hingga ke hari perlawanan (selagi tiket masih ada)

Sebab malas nak bersesak.. so by today saya try untuk beli secara online. Nih first time saya try beli online hehe~ Alhamdulillah berjaya juga akhirnya. Walaupun dalam proses tersebut amat menguji kesabaran tapi akhirnya berjaya juga beli. Untuk makluman.. tiket online ada cas tambahan RM3 processing fee + 3% convenience fee total RM4.29. So total payment untuk setiap tiket adalah sebanyak RM44.29.

Terpulang kepada anda sebenarnya. Kalo anda rasa mahal dan membazir anda boleh je beratur beli tiket kat stadium nanti. Sebab saya ni memang takde masa nak beratur lama-lama dan penat nak beratur sebenarnya so beli online je lah senang. Walaupun ada cas tambahan RM8.58 huhu~

So pada sesiapa yang berminat nak beli online gak sementara nak tunggu kaunter tiket bukak Jumaat nih boleh folo langkah-langkah berikut :

Memula log in ke laman web Ticket Hotline. Pilih event yang anda nak. So of kos Semi Fina Piala AFF Suzuki la kan
Kemudian klik kat "BUY TICKETS NOW"
Kemudian buat la pilihan tiket anda.. sebab kami pergi berdua je anak-anak tinggal so kami beli dua (2) tiket dewasa. Seperti yang saya maklum tiket semua pembelian adalah terhad kepada maksima empat (4) tiket sahaja ya
Kemudian anda boleh isi details-details tersebut.. kat situ dia dah tunjuk fee-fee yang akan dicaj pada pembelian anda
Pilih tatacara pembayaran.. saya guna Maybank2u so lepas anda klik dia akan forward anda ke page pembayaran. Pembayaran adalah seperti biasa cam buat transaction online
Done!!! Print slip ni dan bawa ke stadium untuk penebusan tiket
Jom sama-sama kita bagi sokongan untuk pasukan Harimau Malaya.. Ahad ni.. menang kalah memang adat permainan.. kalo kalah tapi main bagus takpe.. kalo kalah sebab main cam harammmm~ memang standat mintak maki je la. Mahal kot tiketnya. Walau apa pon tuh je la pasukan yang dikira terbaik yang kita ada pada masa skang. So sokongan semestinya tidak berbelah bagi untuk mereka dan negara kita MALAYSIA !!! hahaha semangat lelebih lak. Ok lepas ni misi nak cari jersi baru lak. Jersi biru arituh yang dorang pakai time lawan Singapore cam lawa hehehe~

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)


Followers