♥ Resepi : Oreo Cheesecake (No Bake)

Resepi ni saya dah buat beberapa minggu lalu. Baru ada masa nak share di blog. Resepi ni resepi yang saya olah lepas beberapa kali percubaan. Rasanya ini lah yang the best dan yang paling elok kejadiannya hahaha~


RESEPI
--------------

1 paket oreo
2 sb mentega

Hancurkan sepeket biskut oreo tu. Saya hancurkan sekali dengan krim tengah dia. Boleh juga kalo nak asingkan. Satukan dengan mentega yang dah dicairkan dan kacau rata. Pastu mampatkan dalam bekas / loyang yang sesuai. Saya guna loyang bulat diameter 10". Kemudian masukkan dalam peti ais bagi keras. Sementara tu boleh buat step yang seterusnya.

250 g cream cheese (philadelphia)
200 ml susu full cream (dutch lady)
2 sb gula
1 sk esen vanila
secubit garam
1 bekas yogurt natural
2 sb gelatin (cairkan dalam cawan air panas)

Dalam kurungan tu adalah brand yang saya gunakan. Nak gunakan yang lain pon boleh. Semua bahan atas tadi saya blend je. Saya blend ikut urutan dari atas ke bawah.

Pastu patah-patahkan 1 paket oreo dan campurkan dalam campuran tadi. Sukati la nak patah berapa pon. Atau ikut kreativiti memasing la nak buat camner muahahaha~ Kacau-kacau jangan sampai hancur plak. Bagi sebati dah cukup.

Pastu tuang dalam bekas / loyang tadi. Masukkan dalam peti ais dan biar semalaman. Esoknya dah boleh makan dah.

Ops lupa lak. Untuk hiasan atas kek sukati la ye. Boleh susun oreo tu satu-satu atau cam saya - saya hancurkan 4 kepng oreo tu guna lesung dan taburkan atas kek tu. 

Tips bagi yang ada anak kecik yg over exited cam saya ni. Selalu kek ni saya buat memalam sebelum tido. Sebab bio dalam peti sejuk dan esok boleh dimakan. Kalo buat siang time anak-anak saya berjaga.. memang banyak bersabar je la. Jap-jap dia g tekan atas kek tu nak tengok dah leh makan ke tak. Abih berlubang-lubang. Jap-jap bukak peti ais tengok.. bukak tutup bukak tutup peti ais tu je la. So buat la malam sebelum tido. So anak-anak takkan kaco kek tu sampai esok pagi hahahaha~

Tu resepi saya.. kalo kawan-kawan ada cara atau tips yang lebih baik.. boleh share di ruangan komen ya.. So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)

Followers