07 February 2017

♥ Review : The Lepaking Port

Saya ni jenis kalo satu tempat makan tu memang sedap dan kena dengan tekak.. memang selalu la berkunjung ke situ. Kalini saya nak promot satu tempat makan berdekatan dengan rumah saya iaitu

Menu utamanya adalah SHELL OUT dan STEAMBOAT & GRILL. Steamboat saya tak pernah makan. Tapi shell out dia memang marbeles. Harga pon murah dan sesuai la dengan bajet orang-orang kebanyakan yang cam saya ni yang bajet-bajet nak merasa makan shell out ni hehe~

Kedai ni beralamat di Jalan Desa Telok Panglima Garang, Klang. Boleh search waze, Like FB Page The Lepaking Port atau follow instagram dorang @thelepakingport. Kalo lalu jalan Klang Banting tu - hala ke Banting - nampak Petron Sijangkang - dia di tingkat atas kedai dua tingkat sebelah Petron tuh. Atas klinik berdekatan Kedai Runcit 1 Malaysia.

Saya dah banyak kali makan kat sini. Tapi baru ni nak buat review hehe~ benda sedap baik dikongsi kan? hehe~

Anak beranak ready nak membaham. FYI saya alah pada kulit ketam. Kalo makan terus isi dari kulit memang nanti gatal-gatal la bahagian mulut ni. So saya kurang skit ketam-ketam lum kopek camni. Tapi dorang berdua ni hantu. Sehingga titisan isi yang terakhir dorang makan. Saya dok tengok je la. Tapi nanti hubby akan tolong kopekkan and bagi saya isinya hehe~ love u hubby. Dulu ni keje ayah. Skang dah ada suami.. mr hubby la kena buatkan hehe~

TLP ni dibuka dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Tapi setiap kali saya g dalam jam 9 lebih shell out dia dah abih. Tengok la rezeki pada hari tu. So datang la awal yer kalo nak merasa. Lepas maghrib tu memang sesuai la dalam jam 8 gitu.

Untuk minuman pula kedai ni menyediakan free flow air kosong dan sirap. Minumlah sampai kembong. Harga air dah termasuk dalam pakej. Harga pakej bagi Shell Out adalah
RM15 - Dewasa dan RM10 - Kanak-Kanak

Tapi sebab my girl dak kakak pon memang suka seafood-seafood ni kami selalu order untuk tiga (3) dewasa sebab dapat lebih hehe~

Selain shell out dan steamboat ada pelbagai lagi makanan untuk kudap-kudapan cam nugget dan lain-lain. So boleh juga try nanti kalo anda berkunjung ke sini.

Apa yang saya boleh katakan.. makanan sedap tapi kedai kecik huhu~ rasanya hanya boleh memuatkan 30 orang kot dalam satu-satu masa. So kalo korang datang time pack memang menunggu je la sebab meja dia amat limited. Rasanya tak sesuai lokasinya di tingkat atas kedai. Kalo tingkat bawah confirm bukak meja sampai ke jalan. Takpe la mungkin ini semua untuk permulaan.. in sya Allah bila dah berkembang maju nanti owner boleh fikirkan lokasi yang lebih strategik.

Sekiranya kawan-kawan berminat nak datang or anything nak tanya.. boleh contact no 013 2772268 atau PM di FB Page atau DM di Instagram pon boleh rasanya. tapi better call kot senang sikit kalo nak book meja ke hapa. Saya pergi tak pernah book meja. Selalu redah kasi pecah je hehe~

Birthday ayah saya bulan Mac nanti rasanya nak ajak adik beradik saya makan-makan disini pulak la. Setiap tahun memang saya tukang sajes tempat dan dorang folo je muahahaha~ sebab kakak dia ni sorang je yang suka jalan-jalan cari makan.

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)

No comments: