♥ 22 Julai 1983 - Its My Birthday

Alhamdulillah.. terima kasih Allah atas kesempatan untuk terus bernafas di muka bumiNya.. untuk anak-anak yg masih di sisi.. sihat dan gembira.. untuk pikiran yg masih waras.. untuk hati yang sentiasa cuba redha dan sabar.. dan utk masa depan yg belum tau bagaimana kesudahan..
.
In sya Allah.. terima kasih semua utk ucapan dan doa.. saya amat menghargainya

Ada kenangan yang manis untuk dikenang pada ulangtahun tahun ni. Tak disangka mendapat kejutan dari Mr Hubby dan disambut beramai-ramai bersama rakan-rakan Prosboc sempena Megaraya Proboc CCC yang jatuh pada tarikh yang sama. 


Maafkan muka blur tu sebab sebenarnya di depan tu tengah berganti-ganti orang karok lagu raya. Tapi tetiba cam lain macam plak lagunya.. rupanya memang bukan lagu raya.. haha~






♥ Cara Menempah Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

N3 sebelum ini saya dah ceritakan lokasi-lokasi RPP ini di seluruh Malaysia. Now saya akan buat tutorial cara bagaimana nak menempah. Tapi sebelum itu jom kita tengok pedia Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Transit ni.

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) adalah bertujuan untuk mewujudkan kemudahan penginapan yang memberi kesejahteraan kepada penginapnya. Suasana kesejahteraan yang diwujudkan dapat meningkatkan kualiti percutian sekali gus akan memberi kepuasan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan untuk menikmati kemudahan tersebut. Percutian memberikan kerehatan minda, rohani dan jasmani yang diperlukan oleh penjawat awam setelah bertungkus-lumus bekerja.

Penyediaan kemudahan rumah peranginan bukan sahaja memberi faedah kepada penjawat awam tetapi juga kepada keluarga masing-masing dengan kadar sewa yang berpatutan. BPH akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan penggunaan RPP yang telah disediakan sebagai salah satu kemudahan bagi penjawat awam dan akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan di RPP.

Senarai pekeliling berkanaan kemudahan RPP boleh dirujuk di sini.

Dan sebelum anda ingin menempah, sila pastikan bahawa anda adalah Anggota Perkhidmatan Awam seperti berikut :


  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Perkhidmatan Badan Berkanun ( 7 hari dari tarikh menginap)
  • Persara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

  • Dah semak? ok jom mulakan. 


    Sebelum anda boleh log masuk, anda perlu mendaftar sebagai pengguna. Sila klik di bahagian No. 1 - Pendaftaran Pengguna.


    Isikan segala details yang diperlukan dan klik Daftar. Proses pendaftaran kebiasaannya memerlukan tempoh 24 jam untuk semakan BPH dan status pendaftaran samada berjaya atau tidak. Selepas anda terima email pemberitahuan memaklumkan pendaftaran anda telah berjaya. Then boleh prosid ke No. 2 - Log Masuk


    Selepas berjaya log masuk anda akan lihat dashboard seperti di atas. Pilih tab - RP Primier / Eksekutif untuk melihat senarai RPP yang layak mengikut gred jawatan anda. Begitu juga sekiranya anda ingin menempah Rumah Transit.


    Ini adalah senarai bagi kelayakan gred jawatan 32. Pilih RPP yang menjadi idaman kalbu. Sebagai contoh saya memilih RPP Port Dickson.


    Sistem akan memaparkan jenis bilik bagi kelayakan yang bersesuaian dengan gred jawatan anda. Sebagai contoh, untuk RPP Port Dickson ini juga ada bungalow dan apartment 3 bilik VIP. So kedua-dua bilik tersebut tidak terpampang di dalam senarai kerana hanya untuk gred lebih tinggi. So bagi jawatan seperti saya.. saya ada empat (4) pilihan jenis penginapan. Sebagai contoh saya akan memilih Apartment 3 Bilik.


    Kemudian masukkan tarikh yang anda ingini. Tarikh semakan kekosongan adalah bagi tempoh dua (2) minggu. So anda hanya boleh masuk jarak tarikh selama 14 hari sahaja.


    Kemudian sistem akan paparkan tarikh yang anda pilih tadi. Tarikh yang berwarna hitam adalah tarikh yang masih available dan tarikh yang berwarna kelabu samar tu bermaksud tiada kekosongan untuk check in pada tarikh-tarikh tersebut. Sebagai contoh saya pilih 1 hingga 3 Ogos 2017.


    Check kembali details di bahagian kanan iaitu bilangan unit, bilangan dewasa dan bilangan kanak-kanak. Kalau semua ok then klik TEMPAH SEKARANG.


    Sila baca semua Terma dan Syarat yang tertera dan tick di kotak sebelah kiri anda. Sila baca dan faham ya sebab ia ada tertulis semua Do's and Dont's untuk RPP. Sila tick semua kotak dan klik - SETUJU


    Kemudian sila buat bayarn ke akaun yang tertera. Untuk RPP Port Dickson, pembayaran dibuat terus kepada Tuntas Larut Enterprise - pengurusan RPP Port Dickson. Rasanya dua RPP yang diurus oleh pihak swasta iaitu RPP Port Dickson dan RPP Pulau Langkawi perlu dibayar kepada pihak pengurusan hotel tersebut. Bagi RPP yang lain perlu dibayar kepada BPH.

    Selepas buat pembayaran sila muat naik slip pembayaran. Anda diberi tempoh sehingga tujuh (7) hari untuk membuat bayaran. Sekiranya gagal.. tempahan anda akan dibatalkan dan anda perlu ulang step dari awal. Dan ikut luck sekiranya tarikh yang anda nak tu masih ada kekosongan atau tak. Sepanjang tempoh tersebut anda akan terima email pemberitahuan dari BPH berkenaan status pembayaran anda dan juga count down hari yang tinggal untuk buat pembayaran.


    Selepas semuanya selesai dan disemak sistem anda akan terima link SURAT KELULUSAN RPP di bahagian atas. Sila klik dan cetak surat tersebut dan bawa bersama semasa mendaftar masuk pada hari percutian anda.

    Selesai.. dan SELAMAT BERCUTI. Oh ya! saya share sikit tips untuk dapatkan tarikh yang anda inginkan iaitu TEMPAH AWAL. Sama juga cam Air-Asia anda kena alert tarikh-tarikh yang dibuka untuk tempahan. Tarikh-tarikh ini dibuka sebanyak tiga (3) kali setahun dan boleh dilihat di muka hadapan sekali sebelum anda log masuk.
    Senarai tarikh bagi tempahan tahun 2017

    So kalo anda rancang nak bercuti pada bulan Mac contohnya.. so anda dah kena ready depan pc tepat jam 8.00 pagi pada tarikh 1.11 - selalunya tarikh ni takde banyak perubahan setiap tahun. But please do alert.

    Ok itu sahaja perkongsian saya kali ini. Harap anda juga berpeluang bercuti ke tempat-tempat yang anda ingini. Rebut peluang dan kemudahan yang disediakan sementara kita menjadi penjawat awam ni. Dan sebagai balasan bekerja la dengan seikhlasnya dan serajinnya hehehe~

    Berkhidmat untuk negara.. Saya yang menurut perintah.. XoXo =)


    ♥ Rumah Selangorku : Pangsapuri Azaria dan Asteria Dah Siap

    Seperti yang saya janjikan dalam N3 saya sebelum ni dan oleh kerana saya sempat sampai rumah sebelum hari gelap (hehe~) so saya share kan gambar kedua-dua pangsapuri tersebut yang telah siap dibina. Kalo ikut tarikh dateline dia.. in sya Allah by bulan April next year dah mula berpenghuni. 

    Try tengok N3 kat sini masa mula-mula rumah ni diiklankan dua (2) tahun dahulu. Sama tak dengan gambo iklan kat flyers? hehe~ 

    Pangsapuri Azaria
    Jalan masuk ke Pangsapuri Azaria

     Dedua pangsapuri ni berjiran sebenarnya.. depan belakang.. yang kuning tu Pangsapuri Asteria. Tapi jalan masuk ke sebelah belakang sana pulak. Kena la berpusing sat lagi


    Juga disediakan di tengah-tengah antara dua (2) pangsapuri ini adalah Dewan Serbaguna MPK. Senang la dorang kalo nak buat kenduri kawin ke apa kan.

    Pangsapuri Asteria
    Rasanya yang Azaria tu dah penuh kot sebab dah takde dalam iklan LPHS dan laman web WCT. Pasni nak buat pangsapuri baru.. Pangsapuri Aronia plak siap ngan kolam renang. Tapi tak nampak pulak lagi nak dibuat kat mana. Pasnih saya up cerita untuk Pangsapuri Aronia pulak. Kot la kalo ada yang berminat. Masih Rumah SelangorKu dan harga bermula dari RM250,000.00.

    Pada bakal-bakal jiran sebelah umah saya.. tahniah diucapkan. Pada yang belum berjaya moga ada rezeki dan rajin-rajin lah jengok laman web Rumah SelangorKu untuk mengetahui projek-projek perumahan terbaru sekitar Negeri Selangor. Yang saya up N3 selalunya yang ada di area-area rumah di Bandar Parklands sahaja hehe~

    So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)


    ♥ Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

    Sepanjang dua belas (12) tahun saya menjadi penjawat awam.. alhamdulillah pelbagai kemudahan yang telah saya terima. Selain daripada kemudahan perubatan.. pelbagai jenis cuti dan lain-lain lagi.. salah satu kemudahan yang saya gunakan sepenuhnya adalah kemudahan bercuti di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP).

    Alhamdulillah sememangnya harga sewaan di RPP ini amat berbaloi dan murah dari harga pasaran. Malah kemudahannya setanding dengan hotel biasa. Malah kebanyakan RPP juga sememangnya diselia oleh pihak hotel dan kita boleh menggunakan segala kemudahan hotel tersebut contohnya RPP Port Dickson dan RPP Pulau Langkawi. Malah lokasinya terletak di beberapa tempat strategik di seluruh Malaysia yang menjadi tumpuan pelancong.

    RPP Persekutuan terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu Premier dan Eksekutif. Premier adalah untuk Penjawat Awam yang terdiri dari Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 48 serta Jusa ke atas manakala Eksekutif adalah untuk Penjawat Awam Perkhidmatan Persekutuan, Perkhidmatan Negeri, Perkhidmatan Badan Berkanun, dan Pesara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia. 

    Namun teerdapat limitasi untuk Perkhidmatan Badan Berkanun di mana kakitangan ini hanya boleh membuat tempahan tujuh (7) hari awal dari tarikh menginap yang diinginkan. Dalam erti kata lain peluang tempahan dibuka dahulu kepada tiga (3) kumpulan yang lain sebelum dibuka kepada mereka. So memang ikut nasib sebab as well known RPP ni amat mudah penuh.  

    Untuk RPP Premier boleh dapatkan info di sini sebab gred jawatan saya ni hanya boleh tempah RPP Eksekutif hehehe~

    RPP Eksekutif ni terletak di tujuh (7) lokasi iaitu :


    RPP Bukit Fraser,
    Jalan Girdle
    49000 Bukit Fraser, Pahang

    Harga adalah dari RM50 hingga RM250 semalam


    RPP Cameron Highlands
    Tanah Rata
    39000 Cameron Highlands, Pahang

    Harga adalah dari RM50 hingga RM150


    RPP Pulau Langkawi (Federal Villa),
    Lot 612, Mukm Kedawang, Pantai Tengah,
    70000 Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman




    RPP Pulau Langkawi adalah salah satu RPP yang diswastakan. Lengkap dengan kemudahan kolam renang. Harga dari RM80 ke RM180 semalam.


    RPP Morib
    KM 57, Jalan Morib
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    Harga dari RM80 hingga RM100 semalam


    RPP Pulau Pinang
    No.9 Jalan D.S. Ramanathan (Jalan Scott)
    710350 Pulau Pinang

    Harga dari RM100 hingga RM200 semalam



    RPP Tasik Kenyir
    Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir
    21700 Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman

    Harga dari RM80 hingga RM100 semalam


    RPP Port Dickson (Putri Beach Resort)
    KM18, Jalan Pantai
    71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

    RPP Port Dickson adalah sebuah lagi RPP yang diswastakan juga lengkap dengan kemudahan kolam renang. Dan ini adalah tempat wajib untuk bawa family saya bercuti hehe~ Sebab dekat dengan Lembah Klang. Harga bilik dari RM90 hingga RM200.


    Setakat ni saya pernah tempah RPP Port Dickson sahaja. Sekurang-kurangnya sekali setahun. Saya pernah duduk di Bilik Studio Room, Bilik Single Room dan selalunya saya ambil Bilik 3 Bilik sebab bawa keluarga besar saya bersama.

    Alhamdulillah memang puas hati sebab pantainya masih bersih dan jauh dari pembangunan tepi pantai. Lokasi juga berdekatan dengan Telok Kemang so pepetang tu boleh la g jenjalan makan laksa dan coconut shake kat sana.

    Yang terbaru saya akan bercuti di sini bersama-sama keluarga besar saya pada bulan Oktober 2017 nanti sempena October's Birthday. Family saya ramai lahir bulan 10 termasuklah anak perempuan saya. So kami sambut ramai-ramai di PD nanti.

    Nak tau cara untuk menempah RPP ni? Nantikan N3 saya selepas ni ya. Saya terangkan step by step untuk menempah dan juga saya akan share tips juga dengan anda bagaimana nak dapatkan tarikh yang anda inginkan. As usual RPP ni amatlah cepat penuhnya. So kena la pandai pilih tarikh. Bergantung nasib dan rezeki pon ya juga.

    So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)


    ♥ LRT3 On Its Way.. Weeehoooo !!!

    Mula-mula hanya sekadar khabar angin. Dari saya memula pasang niat nak beli rumah di Klang beberapa tahun dulu hingga sekarang baru lah nampak memang ia akan menjadi realiti. In sya Allah.. Sebab pembinaan depoh terakhir telah mula dijalankan. Depoh tersebut terletak betul-betul di seberang jalan masuk ke rumah saya iaitu Bandar Parklands, Klang.

    Segala maklumat berkaitan LRT3 ni boleh didapati di laman web LRT3. LRT3 ini adalah sebuah lagi projek di bawah Prasarana Malaysia Berhad yang menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia, Klang. Jom tengok brochure berkaitan projek ni.



    Laluan LRT3 ini akan menghubungkan beberapa stesen pertukaran bagi memudahkan penumpang untuk bertukar ke laluan yang lain iaitu :
    Stesen Bandar Utama - menghubungkan LRT3 dengan MRT Sungai Buloh - Kajang
    Stesen Glenmarie - menghubungkan LRT3 dengan LRT Laluan Kelana Jaya 
    Stesen Klang - menghubungkan LRT3 dengan KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang

    In sya Allah apabila siap nanti (dijangka pada tahun 2020), ia sememangnya amat memudahkan perjalanan penumpang-penumpang di Lembah Klang tanpa memerlukan KL Sentral menjadi penyambung laluan utama. Yang penting dah terbayang g Ikea Damansara naik LRT3 je muahahaha~



    Dijangka siap pada tahun 2020 - 3 tahun sahaja lagi
    Pembinaan depoh akhir sedang giat dijalankan. Bertabah lah warga Sijangkang dan selaluan dengannya huhu~
    Dan ini bermakna berita baik kepada pembeli-pembeli Rumah SelangorKu di area tersebut. In sya Allah dengan adanya LRT3 ini dan juga Pusat Beli Belah KSL yang juga sedang dalam proses pembinaan.. bermakna kawasan perumahan di sekitar tersebut adalah amat berbaloi untuk dibeli dan dibuat pelaburan.

    Untuk makluman anda semua, selain dari Pangsapuri Azaria dan Asteria yang telah siap dibina (telah saya ceritakan di sini) - masih belum diduduki sebab belum ada CF rasanya.. saya baru nampak pemaju ada up lagi satu iklan Rumah Selangorku yang bernama Aronia siap dengan kemudahan kolam renang. Fuh! Harga bermula dari RM250,000.00. 


    Cam biasa Rumah SelangorKu ini dikawal pembeliannya. Sila lah lihat syarat-syarat dan butiran lanjut di laman web LPHS atau boleh hubungi no yang tertera untuk malumat lanjut - 03 33243255 (nombor telefon pemaju - WCT Land Sales Office)

    Cara-cara memohon Rumah SelangorKu berdasarkan pengalaman saya yang lepas boleh dibaca di sini. Nanti kalo ada masa saya g amik gambo dua (2) pangsapuri yang dah siap tu untuk tatapan mata anda semua. Pada yang berjaya memiliki.. tahniah diucapkan. Pada yang masih belum berjaya in sya Allah mungkin rezeki anda pula selepas ini.

    So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)


    ♥ Cerita 1 Syawal 2017

    Alhamdulillah.. masih lagi dalam mood raya. Minggu ni pon ada jemputan open house dan plan nak ambil gambar raya ramai-ramai dengan besfren. Yang tu nanti saya up N3 lain. Kali ni nak cerita serba sedikit sambutan raya #faezerafamily #faezeraraya tahun ni. Ada suka dan dukanya. Sedikit kelam kabut.. lari dari perancangan asal.. tapi alhamdulillah.. all goes well akhirnya..

    Tahun ni adalah giliran kami beraya di Banting - Kampung Hubby dahulu. Selalunya raya kedua baru kami akan bergerak balik ke Melaka. Namun kita hanya merancang tapi Allah swt yang menentukan. Pada pagi 1 Syawal.. saya dikejutkan dangan berita kematian arwah pakcik yang amat saya kasihi dan yang saya dah anggap seperti bapa saya sendiri.

    Oleh sebab kawasan kampung Mr Hubby line internet dan telefonnya nan hado. Jadi saya lambat sedikit tau tentang pemergian arwah. Dapat whats app ketika saya sedang bersiap di pagi raya dan Mr Hubby dah gerak ke masjid untuk sembahyang raya. Bila dapat berita.. then memang meraung la. Tak sabar tunggu Mr Hubby balik dari masjid. Saya pon siap-siap packing balik kain baju sebab nak bergerak balik ke Melaka. Once hubby sampai je saya cerita apa yang berlaku terus hubby angkat beg semua naik keta dan gerak terus balik Melaka.

    Tapi sempat la jugak bermaaf-maafan dengan keluarga mertua sebelum gerak. Oleh sebab highway memang clear [1 Syawal kan] so sejam lebih je hubby drive dari Banting ke Melaka. Bila sampai Alhamdulillah saya sempat tengok wajah arwah Pakcik untuk kali terakhir. Sebelum dikafankan. Perasaan tak tau nak cerita bagaimana. Tapi saya gembira arwah pakcik pergi dengan aman dan tenang.. segala urusan dipermudahkan.. dan ramai yang melawat jenazah. Arwah ditemui dalam bilik air pagi tu dan segala urusan pengebumian selesesai menjelang Zohor.

    Peristiwa tu betul-betul buat saya sedar. Malam tu pakcik masih bersembang.. bergelak ketawa.. sambil masak juadah raya. Bagi makcik saya pula.. sebelum tidur pakcik masih ada di sebelah menemankan tidur.. tapi menjelang pagi beliau telah pergi untuk selama-lamanya. Tiada tanda-tanda sakit atau apa. Kematiannya diklafikasikan sebagai mati mengejut. 

    Ajal maut di tangan tuhan. Memang kita tak tau bila ajal kita atau orang-orang yang kita sayang di sekeliling kita. Yang kita mampu cuma berbuat baiklah sesama kita selagi masih bernyawa dan selagi orang yang kita sayang masih ada. Kelak kita tidak terkilan apa-apa bila mereka sudah tiada kerana kita tau kita telah buat dan berikan yang terbaik semasa mereka masih ada.


    Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Pakcik saya - Mohd Saufee Abdullah dan doakan semoga beliau ditempatkan di kalangan golongan orang yang beriman dan beramal soleh. Era sayang pakcik.  

    Cerita raya lain saya akan sambung dalam N3 seterusnya. Need to take 5.. So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)



    ♥ Luahan Hati Farah Lee

    Pada yang tidak mengenali beliau.. beliau adalah bekas isteri (maaf tidak tau status terkini - samada kembali bersama atau tidak) kepada pengacara Elly Iskandar. Saya sebenarnya bukan lah pengikut setia pasangan ini. Cuma turut terkesan dengan post instagram beliau yang kini tular di internet.

    Saya kongsikan post instagram beliau : @farahlee_


    Kenapa saya terkesan? Sebab melihat beliau amat positif dalam menghadapi kemelut yang melanda rumahtangga beliau sekarang. Malah saya amat bersetuju dengan apa yang diluahkan. Berikut adalah sebahagian petikan ayat beliau 

    "Ini bukan kerana dia tapi kerana Allah
    Ia janji dengan Allah yang perlu ditunaikan
    Sebab kita dah berakad, sabar, jangan senang-senang nak leraikan
    Marriage needs toleration, marriage needs sacrifices
    Ni bukan bercinta, ni bukan bertunang, ni perkahwinan
    Jadi, sabar. Usaha. Berdoa, tahajjud, zikir
    Buat baik dengan semua orang
    Banyakkan sedekah
    Ikhlaskan diri dengan pengorbanan yang diberi
    Walau ia mungkin berakhir
    At least kita tahu kita dah berusaha, no regrets
    Sampai tahap ni, kita akan senang redha
    Sampai dah redha, kita akan bersyukur
    Jadi, selagi masih ada peluang, usahalah pertahankan
    Mungkin tak bahagia sekarang
    Tapi berkat sabar dan ingin turuti suruhan Tuhan
    Bahagia akan tampil nanti
    Kalau tak didunia, di Syurga pasti.."

    Mungkin di mulut.. isteri yang sedang diduga dengan perlakuan suami.. ringan sahaja meminta cerai. Sebab hati sedang marah dan kecewa. Namun saya percaya jauh disudut hati.. isteri takkan sewenang-wenang inginkan perceraian melainkan hatinya telah benar-benar hancur. Malah kalau sudah hancur berderai sekalipon, ketika keadaan kembali tenang.. akan masih teringatkan anak dan ikatan perkahwinan yang telah dibina bertahun-tahun. Masih mengharap agar perkahwinan dapat diteruskan dan berbahagia seperti waktu mula-mula berkahwin dahulu.

    Tapi saya juga percaya.. jodoh pertemuan ajal maut semua di tangan Allah swt. Seandainya jodoh tak panjang.. isteri tau yang dia telah buat sehabis baik untuk menyelamatkan rumahtangganya.. dan akan undur diri tanpa sedikit pon rasa kesal. Berkat kesabaran dan percaya pada qada' qadar Allah.. isteri percaya bahawa bahagia pasti akan hadir.. walau tidak didunia tetapi di syurga pasti.


    "A Man Leaves, But Often Return..
    A Women Thinks Long Before Leaving But Leaves Forever"



    Followers